Di dalam suasana akhir zaman ini yang mana rata- rata keinginan untuk
amalan agama makin terhakis di kalangan ummat. Berlebih lagi peratus
orang yang bersolat begitu kecil apa lagi dengan peratus orang yang
solat berjemaah . Namun begitu masih lagi terdapat insan yang tidak
sempurna sanggup ke masjid untuk solat berjemaah meski pun terpaksa
merangkak bilamana iman menyelinap ke anggota badan.
Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw yang menyatakan bahawa sekiranya
diketahui pahalanya ( solat Suboh berjemaah ) maka pasti mereka akan
datang walau pun terpaksa merangkak. Hadis ini telah pun dipraktikkan
oleh insan yang penulis sebutkan iaitu Syeikh Abdullah Al- Asiri yang
lupuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh
berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke
masjid dengan merangkak.
Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpecil di Selatan Azizia ,
Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditambah
dengan kecacatan tubuhnya namun beliau masih mampu berulang alik ke
masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hampir 65
tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.
Beliaulah sebenarnya "Ar- Rijal " yang disebutkan oleh Allah dan
Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati "
mualaqul bil masaajid " terpaut pada masjid.
Kita , meski pun mengetahui fadhilat dan ganjaran pahala serta celaannya
, namun tidak mampu untuk berbuat demikan . Ke hulu ke hilir kita boleh
berjalan untuk shooping atau berjoging namun ke masjid. . . .
Semuga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah .
0 Komentar untuk "SELAMA 65 TAHUN MERANGKAK KE MASJID "