Tidak dinafikan
Rakyat Malaysia hari ni terlalu kreatif dalam mempelbagaikan citarasa
makanan. Malah, ianya lebih sedap dan unik berbanding resipi yang asal.
Anda sedar tak ada beberapa jenis makanan tempatan yang mempunyai
kombinasi yang sungguh unik tapi sangat sedap dan boleh diterima tekak?
Di bawah seperti yang dikongsikan dari blog
SajaKongsi, adalah senarai 6 jenis makanan unik dan kreatif yang dicipta oleh Rakyat Malaysia.
1. Roti Canai Meriah

Kredit: Shasheela Rizqi

Cantikkan roti canai ni dengan macam-macam warna ada. Melalui info
yang dikongsikan, setiap warna mempunyai rasa yang berlainan:-
Biru: Perisa Vanila
Hijau: Perisa Pandan
Kuning: Perisa Pisang
Lokasi kedai ini terletak di Kampung Mak Lagam, Kemaman, Chukai,
Terengganu. Sekali sekala bolehlah cuba roti canai meriah ni sebab dia
punya perisa yang sangat menarik seperti vanilla.
2. Karipap Inti Bihun
Imej dari tokchiksincan.blogspot.com
Kebiasaannya, bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi
kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi
keledek juga turut digunakan. Tetapi bagaimana pula rasanya apabila
bihun dijadikan sebagai inti karipap? Ramai yang cakap karipap jenis ni
memang popular dekat Sabah. Kombinasi yang sangat menarik dan kreatif.
3. Popia Pisang
Imej dari sembangmakan.com
Terliur kan tengok popia pisang ni? Hihi. Biasanya popia yang kita
makan tu digoreng dengan sayur dan dibalut dengan kulit popiah serta
dicicah dengan sos. Tapi resipi popia pisang ini sangat unik sebab ianya
cepat, mudah dan murah. Anda tak perlu cicah dengan apa sos pun sebab
makanan ni dah memang manis.
4. Belalang Goreng

Belalang goreng ini agak popular dan banyak kali kita pernah dengar,
cuma tak pernah lihat sahaja. Ada yang digoreng dan ada juga yang
menggunakan santan untuk lebih sedap. Anda berani cuba tak?
5. Landak Masak Rendang
sumber dari travelogbyka.blogspot,com
Siapa sini pernah makan landak? Mesti “scary” kan? Landak?
Tajam-tajam tu ? Sedap ke?. Yelah kalau biasa yang kita selalu makan pun
rendang ayam dengan daging je kan. Ramai yang suka daging landak ni.
Kata mereka daging landak lebih sedap dari daging ayam tetapi cuma liat
sedikit sahaja. Ada yang digoreng, dibuat rendang dan juga dimasak
lemak. Macammanalah rupanya kulit landak yang tajam-tajam tu dibuat
rendang.
6. Yong Tau Foo Pasu

Kreatif betul rakyat Malaysia ni. Tahulah dah ada aiskrim pasu tapi takkan semua benda nak dipasukan?
sumber
0 Komentar untuk "6 Jenis Makanan Pelik Dan Kreatif Yang Dicipta Rakyat Malaysi"