Seorang pelajar perubatan didakwa pelatih perubatan tersilap memotong
alat sulit bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam satu kejadian di
Mexico semalam.
Pelajar tersebut difahamkan telah melakukan perbuatan itu gara-gara
secara tersilap menganggap ia sebagai tali pusat bayi tersebut.
Walaupun mempunyai pengalaman bertahun lama dalam program perubatan,
pelajar ijazah pertama itu mengejutkan semua pihak ekoran insiden dalam
bilik bersalin itu.
Selepas menyedari kesilapannya , pelajar itu didakwa cuba menyembunyikan
perkara itu daripada ibu bapa bayi tersebut dengan membawa bayi ke
bilik pembedahan untuk memperbaiki kesilapannya.
Bapa mangsa bayi itu, Diego Rangel Izaguirre mula mengesyaki sesuatu
yang tidak betul berlaku selepas lebih dua jam telah dinafikan kebenaran
untuk melawat anaknya yang baru dilahirkan itu.
Kakitangan hospital berkenaan di Saltillo, Mexico, memberi jaminan
kepada Diago bahawa bayinya telah mengalami kecederaan ringan dan
menemui kesan lebam setelah mengetahui perkara sebenar.
Sekumpulan doktor pakar bedah ketika cuba menyambung semula alat sulit bayi itu didakwa melakukan kecederaan lanjut.
Rangel berkata, selepas anaknya dilahirkan, pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi dan mencederakan alat sulitnya.
“Malangnya, pakar bedah ketika cuba menjahit semula alat sulit bai kami,
dua lagi kecederaan baru berlaku sedalam dua sentimeter," dakwanya
lagi.
Akhirnya pelatih perubatan yang tidak cekap itu menjahir semula sebagai
usaha mencantumkan semula zakar bayi itu tetapi ibunya Zulem Contreras
masih marah dengan kakitangan tersebut dengan mendakwa anaknya
sepatutnya dibedah pakar profesional.
"Insiden ini tidak sepatutnya berlaku mereka sepatutnya menugaskan pakar
genekologi untuk menjaga anak saya bukan pelajar atau pelatih
perubatan," keluhnya.
Hospital yang bertanggungjawab telah melancarkan siastaan dalaman dan disokong oleh pegawai Mexico.
Institut Keselamatan Sosial Mexico berkata mengikut maklumat yang ada
pada masa ini, semasa bersalin, apabila memotong tali pusat, kebetulan
kulit atas akar telah cedera dan diperbetulkan dengan prosedur biasa
berkhatan untuk bayi itu. - Agensi
0 Komentar untuk " Pelatih Perubatan Tersilap Potong zakar bayi disangka Tali pusat"