Kisah Remaja BERTATU Masuk Sekolah Tahfiz Yang Bakal Buat Ramai TERSENTAP !!! |
Alhamdulillah bhai, setiap manusia mempunyai sejarah kehidupan sendiri,
sehinggakan bapa kita Nabi Adam pun melakarkan sejarah menjadi iktibar
malah di ketahui oleh semua manusia di muka bumi hatta mereka bukan
orang yang mempunyai kepercayaan.
Sejarah silam boleh di ungkit dan di cungkil untuk di jadikan iktibar
serta tauladan bukan untuk di lihat dan di war warkan sebagai keburukan,
bagi mereka yang memahami akan maksud islah diri maka setiap patah
perkataan yang keluar dari mulutnya bila melihat seseorang yang
dahulunya jauh dari agama maka dia akan berkata “Subhanallah” atau
Allahuakhbar atau sekurang kurangnya Alhamdulillah….ini lah manusia yang
hatinya bersih melihat kebaikan walaupun di hadapannya terpampang
keburukan sejarah silam.
Cerita
Satu ketika seorang anak remaja telah di bawa ke bilik Masyaikh dan di
perkenalkan kepada beliau, Masyaik tersebut telah menyambut anak muda
tadi dengan gembira dan mengarahkan Khadimnya menyediakan minuman.
Anak muda tadi di santuni dengan layanan istimewa lalu lelaki yang
membawanya berkata kepada Masyeikh tersebut….”Maulana dahulunya anak
muda ini seorang yang nakal tetapi kini beliau ingin belajar agama,
boleh kah beliau di terima untuk belajar agama”
Maka jawab Masyeikh tadi…
“Masyallah, keputusan yang bijak, sudah pasti kita terima malah Allah
akan suka kepada anak muda yang mahu belajar agama…senakal mana pun kita
seburuk mana pun kita maka bila kita ambil agama maka Allah akan tukar
setiap keburukan yang kita buat menjadi kebaikan dan sekiranya kamu mati
semasa kamu di dalam belajar agama maka mati kamu pasti akan Allah
redha dan kamu akan di masukkan kedalam syurga…Insyallah”
Psst : Bhai…kita ni dah lah jahil agama dan bila ada orang jumpa kita
ceritakan tentang syurga dan neraka maka kita kata…Kau peduli apa…!!!
elok bebenor la tuu…!!! KREDIT.. FB Ali Russia.
0 Komentar untuk "Kisah Remaja BERTATU Masuk Sekolah Tahfiz Yang Bakal Buat Ramai TERSENTAP !!! | "