SEORANG gadis berusia 15 tahun menjadi
kegilaan netizen di China selepas dia menjalani pembedahan kosmetik
untuk mengubah seluruh wajahnya.
Gadis tersebut yang berasal dari wilayah Henan, dikategorikan sebagai
'terlampau cantik untuk dilihat' oleh pemilik media sosial yang
menyimpan gambarnya.
Lebih mengejutkan apabila gadis yang bernama Lee Hee Danae mempunyai
pengikut seramai 400,000 di akaun Weibo (laman sosial terkenal China)
malah turut memberitahu tarikh hari lahirnya iaitu pada Mei 1999.
Menurut satu agensi berita tempatan China, Shangaiist, gadis bawah umur
tersebut mendapat lebih 24,000 'likes' di dalam satu portal internet
China, Tencent.
Tambah akhbar itu lagi, gadis tersebut bertindak melakukan pembedahan
kosmetik untuk memenangi semula hati bekas kekasihnya, lapor laman web
China, Cbg.cn.
Bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat bahawa gambar tersebut adalah penipuan semata-mata atau disunting secara digital.
Dalam pada itu, pembedahan plastik seperti pembedahan kelopak mata dah
Rhinoplasty (pembedahan hidung) semakin popular di kalangan penduduk
China.
Malah, ramai wanita yang menjalani pembedahan garisan-V untuk memberi
garisan yang cantik pada rahang sehingga menjadi bentuk 'love' (hati).
Pembedahan paling popular yang diminati wanita China adalah melebarkan
mata dan mengecilkan muka dengan dagu yang lebih runcing.[mStar]
0 Komentar untuk "Gadis 15 Tahun 'Terlalu Cantik Untuk Dilihat' Jadi Kegilaan "