Taman Ashikaga Flower Park di Tochigi, Jepun ada sebatang pokok wisteria
sangat cantik (gambar atas) yang sering dirujuk sebagai yang paling
indah di seluruh dunia. Yang terbesar dan tertua di Jepun, pokok itu
menjadi tarikan utama pelawat yang berduyun-duyun datang ke taman
bunga untuk melihat ia berkembang penuh. Wujud sejak kira-kira tahun
1870, pokok itu berusia 143 tahun dan disokong oleh rasuk, yang
membentuk payung bunga yang menakjubkan.
Masa terbaik untuk melawat taman untuk melihat semua pokok wisteria
indah taman itu? Pertengahan -April hingga pertengahan May. Taman
Ashikaga Flower Park dianggap sebagai salah satu tempat terbaik untuk
melihat bunga Fuji di Jepun, taman ini boleh menjadi sangat sesak
walaupun pada hari-hari bekerja semasa musim puncak.
0 Komentar untuk " Inilah Pokok Bunga Yang Paling Indah Di Dunia "