Jersi Baru MU Untuk Wanita Lebih Seksi Sehinga Menampakkan Lurah Payudara Wanita


LONDON – Pengeluar kostum baharu kelab bola sepak sensasi liga Inggeris, Manchester United (MU), Adidas dari Jerman membuat kejutan apabila melancarkan jersi baju terkini untuk wanita yang jauh lebih seksi.

Media Britain melaporkan, jersi penyokong dalam kalangan kaum Hawa itu bakal menampakkan bahagian leher direka sebagai berbentuk huruf V dengan direndahkan lagi corak belahan lurah pada pangkal atas buah dada.

Jersi untuk peminat musim 2015/2016 kali ini susulan kerjasama pihak pengurusan MU dengan Adidas sebagai pengeluar kostum rasmi kelab tersebut yang dimeterai pada 1 Ogos lalu bagi tempoh kontrak selama 10 tahun.

Adidas pernah menaja pakaian pemain kelab The Red Devil itu pada 1992 lalu dan mereka masih mengekalkan baju warna merah dengan leher dibentuk seperti V serta ikon tiga garisan putih di kedua-dua lengan tangan.

Namun, jersi untuk wanita menerima kritikan ramai penyokong tegar kelab itu termasuk dalam kalangan wanita sendiri sebagai terlalu seksi untuk dipakai di tempat awam dan agak mencolok mata kepada golongan lelaki.

Biarpun jurucakap Adidas memberi alasan fesyen yang dikeluarkan tersebut lebih kepada corak gaya hidup dan dianggap seumpama replika daripada jersi sebenar pemain MU, hujah berkenaan dibidas sebagai amat lemah.

“Serius @adidas?! Mengapa leher V begitu rendah dibandingkan dengan kemeja peminat lelaki? Kami tidak suka seksis memperlihatkan belahan buah dada,” kicauan seorang penyokong dikenali sebagai Helin menerusi Twitter.

Lucy Morris pula: “Replika kostum baharu untuk perempuan ini merupakan sebuah aib. Bagaimana tidak, mereka (wanita) bahkan tidak boleh memakainya sehari-hari seperti kebiasaannya kerana tidak seperti rekaan lelaki.”

“Saya bukan penggemar bola tetapi bapaku peminat gila MU dan saya kadang kala pergi menonton bersamanya, tetapi jersi ini menyebabkan saya tidak boleh melompat atau bersorak,” ujar wanita berusia 20 tahun, Lucy Varley.

Bagaimanapun ada pula yang gembira dengan reka bentuk kostum baharu itu antaranya: “Secara peribadi, saya sangat menyukai model jersi wanita MU kali ini,” ujar Andrea Ryder dalam kicauannya menerusi Twitter.

Hal senada diungkapkan Sarah Penman dan menurutnya: “Paling seksi? Sebuah kostum perempuan sudah pun dihasilkan… ini sebenarnya hal yang positif untuk para penyokong wanita MU menjadi lebih ke arah feminin.”

Pihak pengurusan MU sudah mula menjual pakaian seragam terbaharu itu di Old Trafford Megastore pada 1 Ogos lalu manakala untuk pembelian secara online, pelanggan dinasihatkan agar melayarai laman United Direct.

Adidas menjalin kerja sama dengan MU melalui perjanjian bernilai £750 juta (kira-kira RM4.5 bilion) sekali gus mengatasi pesaingnya, Nike, yang sudah 13 tahun menjadi rakan kelab gergasi itu. – Agensi
0 Komentar untuk "Jersi Baru MU Untuk Wanita Lebih Seksi Sehinga Menampakkan Lurah Payudara Wanita"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info