Pelari Marathon Wanita Berlari Tanpa Pakai Tuala Wanita Tarik Perhatian



LONDON – Seorang wanita yang dalam haid memutuskan untuk berlari dalam pertandingan maraton tanpa memakai tuala wanita, hanya semata-mata untuk menggalakkan kaum wanita supaya tidak berasa malu sebaliknya berbangga dengan keadaan itu.

Kiran Gandhi, 26, menyertai London Marathon dan sepanjang 26 batu berlari, dia tidak memakai tuala wanita, menyebabkan darah haidnya mengaliwanitr dan membasahi seluar.

“Saya berlari dengan darah mengalir dan menitik di kaki. Ia adalah untuk kaum wanita yang tidak mempunyai akses kepada tuala wanita dan wanita, yang meskipun mengalami kesakitan akibat sengugut, tetapi terpaksa menyembunyikannya serta berpura-pura ia tidak berlaku,’’ katanya.

Kiran yang juga graduan Harvard Business School juga berkata, terdapat stigma bahawa haid adalah tidak wajar, justeru beliau mahu mengubahnya.

Selepas menamatkan larian dalam masa empat jam, 49 minit dan 11 saat, Kiran memberitahu majalah Cosmopolitan bahawa beliau berasa mendapat tenaga melaluinya. – Mynewshub.cc

0 Komentar untuk "Pelari Marathon Wanita Berlari Tanpa Pakai Tuala Wanita Tarik Perhatian"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info