Tahukah anda bahawa nyamuk adalah serangga
yang paling berbahaya di dunia? Kerana serangga kecil ini dicatatkan
kes maut sebanyak 2 juta nyawa setahun.
Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda
tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita.
Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukannya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.
Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick
Pollack dari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar
kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada
gas karbon dioksida yang kita hembuskan.
Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia sebenarnya
permulaan untuk mengawan di mana nyamuk jantan akan menanda lokasi
‘kahwin’ seperti sekitar pokok, atau atas kepala manusia.
Nyamuk jantan akan ‘menari’ di sekitar kepala kita untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.
Yes, lepas dah terbang keliling kepala kita, kita pun
berlari lari sambil melompat - lompat menampar nyamuk. Satu pun tak
kena! Hareee tui!
Sumber: Rick Pollack
0 Komentar untuk "Tahukah Anda Kenapa Nyamuk Suka Terbang Keliling Kepala Kita?"