Wanita Didakwa Di Mahkamah Selepas Suntik Silikon Di Alat Sulit Lelaki Sehingga Menderita


Gara-gara menyuntik silikon pada alat sulit seorang lelaki, seorang wanita telah dihadapkan ke mahkamah kerana suntikan itu kini menyebabkan lelaki berkenaan yang berusia 22 tahun menderita.

Wanita yang dikenali sebagai Kasia Rivera berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan.

Dia yang membuka sebuah kedai ubat dikatakan tidak mempunyai sebarang latihan perubatan bagaimanapun pernah terlepas sebelum ini kerana menyuntik silikon di punggung dan payu dara seorang wanita.

Rivera dikatakan melakukan suntikan tersebut sebanyak empat kali dalam masa dua tahun kepada punggung dan payudara wanita berkenaan.

Beliua juga dikaitkan dengan dakwaan cuba menyogok juri. Pada bulan Mei lalu, tiga juri mendakwa telah ditawarkan wang sebanyak $5,000 sebagai sogokan.

Ia menyebabkan hakim menarik balik ikat jaminnya dan semua juri telah digugurkan. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Wanita Didakwa Di Mahkamah Selepas Suntik Silikon Di Alat Sulit Lelaki Sehingga Menderita "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info