Gaji Rm14000 Dengan Kerja Hanya Menentukan Jantina Anak Ayam..Berminat..??


WALAUPUN ditawar gaji £40,000 (RM 14,000) sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.
Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.
Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina walau kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Setiap hari antara 800 hingga 1,200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dengan ketepatan antara 97 hingga 98 peratus.

Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu untuk mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam namun tak ramai orang mahu menghabiskan masa mempelajari kemahiran tersebut.

“Saya rasa masalahnya adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

“Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan status tinggi manakala di United Kingdom ia lebih cenderung menjadi bahan jenaka,” katanya, dipetik Metro.uk.
0 Komentar untuk "Gaji Rm14000 Dengan Kerja Hanya Menentukan Jantina Anak Ayam..Berminat..??"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info