
Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang 
Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang
 Excalibur milik Raja Arthur

Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang 
disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan 
LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak 
Barat.

Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan 
untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari 
peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, 
akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini. 

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" 
yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam
 sehinggakan mampu membelah apa saja.
Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu 
sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter 
sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga 
berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah 
sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT 
mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga 
mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. 
Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap 
suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Teknologi NANO.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. 
Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang 
tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada
 ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera
 Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. 

Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "Damascus" yang juga dipanggil 
wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. 
Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga
 ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Teknik
 pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga 
tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun 
ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.

Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini 
tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita 
bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.
0 Komentar untuk "Inilah Pedang PALING TAJAM Di Dunia... Mari Lihat Siapa Pemiliknya !!! "