Wira Ksatria Baja Hitam Muncul Semula Di Jepun

TOKYO – Kamen Rider yang pernah popular menerusi stesen TV negara kita awal 1980-an lalu dengan nama ‘Ksatria Baja Hitam‘ ternyata tidak hanya sekadar watak wira yang muncul di kaca televisyen atau layar filem.

Di Jepun, susuk lelaki gagah pembela kebenaran menjadi sensasi apabila pengguna media sosial tempatan kecoh mendakwa berjaya merakamkan aksi hero ini menunggang motosikal seolah-olah karakter ini benar-benar wujud.

Malah dilaporkan kerja lelaki ini menyerupai watak wira berkepala belalang, Taksehi Hongo dalam siri fiksyen adaptasi manga popular Jepun tersebut iaitu membanteras kejahatan dan mengejar pemandu mabuk di jalanan.

Namun akhbar-akhbar tempatan melaporkan, satria misteri tersebut sebenarnya ialah seorang sami agama Shinto bernama Shinjiro Kumagai yang setiap hari sang pahlawan bertopeng itu mencari pesalah di kota Kitakyushu.
Dia hanya melakukan kerja amal tersebut setelah selesai tugas rutin hariannya membuat patung daripada bahan aluminium selain menyelia kuil Shinto Gokurakuji di kota utara wilayah Fukuoka di Pulau Kyushu itu.
Ini bermakna kelibat Kamen Rider hanya muncul dari lewat petang sehingga subuh keesokan hari kerana selepas waktu itu, Kumagai akan sibuk semula dengan pekerjaan hakikinya di rumah ibadat penganut Shinto tersebut.
- See more at: http://mynewshub.cc/2015/04/25/wira-ksatria-baja-hitam-muncul-semula-di-jepun/#sthash.Ucz6cmO6.dpuf

“Saya sangat fanatik dengan watak Hongo sebagai Kamen Rider 1 yang menjadi idola saya,” ujarnya dengan turut dibantu beberapa anggota pasukan polis peronda trafik bandar raya Kitakyushu memburu pesalah lalu lintas.

Jangan bimbang, berbeza dalam siri Ksatria Baja Hitam apabila si penjahat dimusnahkan, sebaliknya pemandu kenderaan yang ditangkap Kumagai tidak akan dibunuh kejam, sebaliknya diserahkan kepada pihak polis.

“Dia sangat berdedikasi. Anak-anak kami bahkan suka melihatnya keliling kota waktu malam. Bayangkan jumlah pesalah trafik di sini pun turun kerana aksinya,” kata seorang penduduk tempatan bernama Kageki Umeta.

Kos pembuatan kostum Kamen Rider 1 dan mengubah suai motosikal menjadi mirip sang pahlawan fiksyen itu memang mahal, namun Kumagai mengaku secara jujur, dia tidak banyak mengeluarkan wang poket sendiri.

Mujur, pengelola kuil membantu dirinya membiayai kos operasi supaya dia boleh memberi fokus dalam menjalankan tugas sukarelawan sebagai satria baja hitam tersebut dengan lebih efektif dan optimum.

“Ketua pendeta kuil, tuan guru Fukumitsu, secara kebetulan juga menjadikan Kamen Rider 1 dan 2 sebagai idola. Tetapi kerana faktor usia, dia ingin saya sendiri menjalankan tugas ini bagi pihak dirinya,” kata Kumagai.

Kamen Rider sebanyak 98 episod pernah menjadi fenomena kanak-kanak di seluruh dunia apabila disiarkan stesen televisyen selain lapan sekuel filem tersebut ditayangkan di pawagam. – 

Kamen Rider sebanyak 98 episod pernah menjadi fenomena kanak-kanak di seluruh dunia apabila disiarkan stesen televisyen selain lapan sekuel filem tersebut ditayangkan di pawagam. – Agensi/A.AMREE
- See more at: http://mynewshub.cc/2015/04/25/wira-ksatria-baja-hitam-muncul-semula-di-jepun/#sthash.Ucz6cmO6.dpuf
0 Komentar untuk "Wira Ksatria Baja Hitam Muncul Semula Di Jepun"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info