Jalan Paling Menakutkan di Dunia Dibuka Kembali


Diberi nama jalan Raja. Dan kini menarik minat para pengembara yang mencari cabaran.

Caminito del Rey di Sepanyol adalah jalan paling menakutkan di dunia. Jalan setapak di sisi tebing curam ini pernah ditutup selama 14 tahun.

Dipetik dari News.com.au, Khamis 12 Mac 2015, ketika itu, Caminito del Rey atau Jalur Raja dianggap terlalu berbahaya untuk dilalui selepas lima orang pelancong terbunuh jatuh ke dalam jurang di sisinya.

Namun kini, jalan setapak dengan tinggi 100 meter ini kembali dibuka dan ternyata menarik minat para pengembara yang mencari cabaran.


Jalan jambatan sepanjang 3 km ini dibuka pertama kali pada tahun 1905. Pada mulanya jalan dengan lebar tidak lebih dari satu meter ini digunakan sebagai jalan pintas bagi para pekerja loji kuasa air di sisinya.

Selama bertahun-tahun hampir sebahagian jalan tersebut hilang dan meninggalkan beberapa jalan yang masih boleh dilalui meski harus berhati-hati.

Kerana itulah, jalan setapak ini akhirnya mendapat gelaran sebagai jalan paling menakutkan di dunia.

Namun dalam dekad terakhir, kerajaan tempatan menghulurkan dana US $ 3,36 juta untuk memperbaiki Caminito del Rey. Jalan tersebut kini diberi pagar dan besi keselamatan untuk berpegangan.

Konon 30 ribu pelancong beratur untuk mendalami keberanian melewati Caminito del Rey
0 Komentar untuk "Jalan Paling Menakutkan di Dunia Dibuka Kembali"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info