CHINA – Hati kering, sanggup bunuh diri kerana terlalu sedih selepas dipaksa berkahwin dengan wanita hodoh.
Itu yang dilakukan oleh seorang lelaki yang terjun ke dalam sebuah
tasik di Shiyan, gara-gara dipaksa oleh ibu bapanya untuk berkahwin
dengan wanita terbabit.
Dia bagaimanapun diselamatkan oleh polis selepas mereka menerima
laporan mengenai seorang lelaki yang dilihat cuba melemaskan dirinya.
Menurut anggota polis yang menyelamat lelaki berkenaan, Hou Kunshan,
selepas melihat lelaki itu, dia terus terjun ke dalam tasik tersebut
tanpa berfikir lagi.
“Saya nampak seorang lelaki terapung dengan muka di bahagian bawah.
Kami tidak dapat melihat keadaannya tetapi apabila saya menghampirinya,
keadaannya sangat serius.
“Saya kemudian menariknya ke tepi dan disebabkan saya tidak mempunyai
tenaga untuk membawanya naik ke permukaan, kami terpaksa menunggu bomba
,’’ katanya.
Hou berkata, selepas dibawa naik ke permukaan, lelaki itu memberitahu
keluarganya telah menemui seorang wanita dan kemudian mengatur
perkahwinan mereka berdua.
“Disebabkan wajah wanita itu tidak menarik dan ditambah dengan
tekanan daripada keluarganya untuk mengahwini wanita itu, dia menjadi
tertekan lalu memilih bunuh diri,’’ kata Hou.
Lelaki itu dimasukkan ke hospital untuk proses pemulihan dan kini dilaporkan semakin pulih.
0 Komentar untuk "Lelaki Cuba Bunuh Diri Lepas Dipaksa Kahwin Wanita Hodoh"