Gempar Kura-kura Ganas Mirip Dinosaurus Muncul Di Rusia


PENDUDUK setempat menjadi gempar apabila seekor kura-kura raksasa yang mempunyai wajah menakutkan ditemui di Sungai Amur yang terletak di wilayah timur Rusia.

Haiwan yang merupakan kura-kura air tawar terbesar itu bukan sahaja memiliki rupa menakutkan malah mempunyai rahang serta kuku yang kuat, cengkerang bergerigi tajam dan berkulit kasar lagi tebal seperti buaya.

Gambar kura-kura itu tersebar sejak minggu lalu namun ramai beranggapan ianya tidak benar dan diedit hinggalah muncul video yang membuktikan kewujudannya pada Selasa.


Dalam video tersebut penduduk setempat dilihat cuba mengembalikan haiwan itu ke dalam sungai sebelum seorang lelaki mendorong kura-kura itu ke tepi air menggunakan kakinya.

Haiwan yang pada mulanya kelihatan ‘bingung’ itu akhirnya menuju ke sungai dan berenang pergi.

Difahamkan, kura-kura itu pada mulanya ditangkap seorang nelayan yang terperanjat melihat rupanya yang pelik. Ia lantas menimbulkan minat penduduk sekitar untuk datang melihatnya.

“Ketika mula-mula melihatnya saya tak yakin ianya kura-kura atau haiwan lain sebab bentuknya mirip dinosaurus.

“Ia juga ganas menggigit tongkat dan cuba menyerang kami. Ketika bergerak di darat kami dapat melihat kukunya yang besar dan tajam,” ulas seorang penduduk bernama Anastasia Steshina.

Sebenarnya, spesis yang digelar ‘kura-kura dinosaurus’ ini sememangnya wujud namun habitatnya diketahui di sekitar lautan air hangat sekitar Florida, Texas dan Missouri, Amerika Syarikat sahaja.

Justeru sampai sekarang penduduk Rusia bingung bagaimana ia boleh tersesat jauh sampai ke Sungai Amur namun terdapat telahan menyatakan kura-kura tersebut mungkin dibiakkan di negara China yang terletak di seberang Sungai Amur untuk dijadikan makanan sebelum terlepas dan memasuki sungai tersebut. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Gempar Kura-kura Ganas Mirip Dinosaurus Muncul Di Rusia"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info