Lelaki Bunuh Kekasih, Muat Naik Gambar Mayat Di Wechat


SEORANG lelaki diberkas oleh pihak polis di China selepas membunuh kekasihnya dan memuat naik gambar mayat di aplikasi mesej Wechat.

Menurut laporan media tempatan, lelaki yang dikenali sebagai Qin itu telah memuat naik gambar yang mengerikan tersebut pada ahad lalu sebelum ia menjadi viral.

Pihak berkuasa segera memberkas lelaki itu dalam masa beberapa jam selepas kejadian tersebut.
Menerusi gambar itu, Qin bertindak baring di sebelah mayat kekasihnya yang dikenali sebagai Lin dengan kapsyen ‘Please forgive my selfish love’ di Wechat.

Gambar yang dimuat naik di Wechat lelaki itu.
Gambar yang dimuat naik di Wechat lelaki itu.
Lelaki itu seolah-olah tidak rela melepaskan teman wanitanya kepada lelaki lain jika dia tidak berjaya memiliki cinta wanita itu.
Pihak polis mengesahkan wanita itu dibunuh selepas mereka berdua bertengkar.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Lelaki Bunuh Kekasih, Muat Naik Gambar Mayat Di Wechat"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info