Penembak Tepat Terbaik Dunia Meninggal Sakit Jantung







BANDUNG – Rakyat Indonesia lewat malam Selasa dikejutkan dengan berita sedih apabila penembak tepat jauh terbaik dunia atau popular disebut sebagai sniper, Tatang Koswara meninggal dunia dalam usia 68 tahun, lapor media tempatan pada Rabu.

Allahyaram yang berasal dari Medan, wilayah Sumatera Utara; menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam (atau 9 malam waktu Malaysia) ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Medistra di Jakarta.

Beliau yang bersara pada 1996 dengan pangkat asisten leftenan satu, dilaporkan sibuk seharian sejak akhir-akhir ini apabila ramai wartawan tempatan dan antarabangsa tidak putus-putus datang untuk menemuramah allahyarham di rumahnya.

Malah pada hari Tatang meninggal dunia semalam, beliau sanggup keluar rumah awal pagi dari Cibaduyut di sini ke Jakarta bagi menghadiri banyak sesi wawancara padat silih berganti dengan wakil media massa termasuk stesen televisyen.

Allahyarham yang berniaga warung makanan di sebelah kem Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Jalan Aceh di sini selepas pencen; dilaporkan mengadu sakit dada setelah habis temubual live program bicarawara Hitam Putih terbitan TV Trans7.

0 Komentar untuk "Penembak Tepat Terbaik Dunia Meninggal Sakit Jantung"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info