Penjara MEWAH Idaman Ramai Apabila Banduannya Dilayan Seperti SEORANG JUTAWAN !!!

Sebut saja tentang penjara sudah tentu ada terbayang sebuah tempat yang dilengkapi sel tahanan dan terdapat banduan didalamnya.Keadaan penjara yang terkurung dari dunia luar dan kadangkala ada sel khas yang sememangnya tidak ada tingkap atau lubang sama sekali untuk cahaya luar meneranginya.




Namun keadaan sebuah penjara di Saudi ini sangat mengejutkan dan seolah-olah ia merupakan sebuah tahanan bagi golongan jutawan.Meskipun dikawal oleh puluhan pengawal dengan senjata berat automatik,penjara Al-Hair ini tidak ubah seperti hotel ‘mewah’ bagi banduan yang ditangkap kerana terlibat dalam Al-Qaeda dan IS.
Disebalik jeriji besi dan tembok besar terdapat kelengkapan mewah bagi 1,100 tahanan disini seperti katil bersaiz ‘King’, kolam mandi, Peti sejuk dan juga mesin ATM.Terletak 40 kilometer dari ibu negara Riyadh,penjara ini merupakan penjara tersebar di Arab Saudi dan dibina khusus untuk pengganas rangkaian Al-Qaeda.Pelik bukan seorang pengganas dilayan sebegitu rupa,seolah-olah ada yang disembunyikan.
Lebih menarik lagi,pihak berkuasa menyediakan hotel penginapan bagi keluarga banduan yang datang dari luar Riyadh untuk melawat ahli keluarganya di sini.Juga untuk aktiviti riadah,pihak penjar menyediakan alatan dan ruang seolah-olah anda sedang berada di dalam ‘Gym’ berbayar!


0 Komentar untuk "Penjara MEWAH Idaman Ramai Apabila Banduannya Dilayan Seperti SEORANG JUTAWAN !!! "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info