SEORANG wanita dari Texas, Wykesha Reid, 34, dilaporkan mati
ketika menerima rawatan keempat untuk membesarkan bahagian punggungnya,
baru-baru ini.
Menurut ahli keluarganya, Reid berusaha untuk mendapatkan punggung
idamannya lantas mengunjungi pusat kecantikan tidak berdaftar untuk
tujuan tersebut.
Tidak pulang-pulang selepas mendapat rawatan di situ, ahli keluarganya lantas melaporkan kehilangannya kepada pihak polis.
Pihak berkuasa menemui mayat Reid hasil pemeriksaan di pusat kecantikan tersebut.
Pemilik pusat itu, Denise Ross, 43, dan Jimmy Clarke, 31, diburu
pihak polis kerana menjalankan perniagaan perubatan tidak berlesen
selain berkemungkinan besar didakwa menyebabkan kematian Reid, lapor
portal Mynewshub.
0 Komentar untuk "Wanita Mati Gara-Gara Obses Besarkan Punggung"