SELEPAS 66 hari laporan kehilangannya di laut dibuat oleh ahli
keluarga, seorang lelaki akhirnya berjaya ditemui semula di atas kapal
layarnya yang sudah terbalik, 200 batu nautika dari Utara Carolina,
Amerika Syarikat semalam.
Memetik laporan berita antarabangsa, pihak berkuasa mendapat panggilan dari sebuah kapal kontena German tentang seorang individu yang ditemui di tengah-tengah laut.
Sejurus selepas itu, sebuah helikopter diterbangkan ke sana untuk menyelamatkan Louis Jordan lantas membawanya ke sebuah hospital di Norfolk, Virginia.
Menurut sumber, Jordan, 37, mengalami kecederaan di bahagian bahu namun keadaan lanjut mangsa tidak diketahui.
Berdasarkan kenyataan seorang penyelamat, keadaan kapal layar dinaiki Jordan sudah terbalik dan tidak boleh berfungsi ketika mereka menemui lelaki itu terbaring di bahagian atas kapalnya.
Difahamkan, Jordan hanya memakan ikan yang ditangkapnya bagi mengalas perut untuk terus hidup.
Mengimbas kembali kejadian, Jordan dikatakan mengambil keputusan untuk melakukan pelayaran solo sambil menangkap ikan dan telah memberitahu tentang hasratnya itu kepada ahli keluarga.
“Kami menunggu kepulangannya namun selepas sekian lama kami gagal mendapat berita daripadanya.
“Kami pasti sesuatu yang buruk telah berlaku. Ia ibarat satu keajaiban. Kami sangat teruja dia berjaya ditemui dalam keadaan selamat,” ujar salah seorang ahli keluarganya.
Memetik laporan berita antarabangsa, pihak berkuasa mendapat panggilan dari sebuah kapal kontena German tentang seorang individu yang ditemui di tengah-tengah laut.
Sejurus selepas itu, sebuah helikopter diterbangkan ke sana untuk menyelamatkan Louis Jordan lantas membawanya ke sebuah hospital di Norfolk, Virginia.
Berdasarkan kenyataan seorang penyelamat, keadaan kapal layar dinaiki Jordan sudah terbalik dan tidak boleh berfungsi ketika mereka menemui lelaki itu terbaring di bahagian atas kapalnya.
Difahamkan, Jordan hanya memakan ikan yang ditangkapnya bagi mengalas perut untuk terus hidup.
Mengimbas kembali kejadian, Jordan dikatakan mengambil keputusan untuk melakukan pelayaran solo sambil menangkap ikan dan telah memberitahu tentang hasratnya itu kepada ahli keluarga.
“Kami menunggu kepulangannya namun selepas sekian lama kami gagal mendapat berita daripadanya.
“Kami pasti sesuatu yang buruk telah berlaku. Ia ibarat satu keajaiban. Kami sangat teruja dia berjaya ditemui dalam keadaan selamat,” ujar salah seorang ahli keluarganya.
0 Komentar untuk "Hilang Lebih 2 Bulan Di Laut, Lelaki Ditemui Masih Hidup"