Papan tanda di pintu gerbang masuk ke daerah 100% Wajib Kondom di Papua, Indonesia di wilayah Jayapura.
Gambar di atas yang dipetik sumber dari sebuah Portal
tempatan, merupakan gambar sebuah perkampungan pelacur murahan di
Papua, Indonesia sehingga memaksa pihak berkuasa meletakkan papan tanda,
penggunaan kondom yang 100 peratus wajib.
Pada pintu gerbang berkenaan ditulis “Selamat Datang, Anda Memasuki
Daerah 100 Wajib Kondom” yang jelas tanpa berselindung difahami
mesejnya.
Foto berkenaan dirakamkan oleh wartawan dari portal tersebut yang pergi ke Papua baru-baru ini.
“Bila aku tanya pak supir, kenapa ada signboard Wajib Kondom ni, dia
kata ia adalah sebuah perkampungan kecil tepi tasik yang khusus untuk
pekerja seks murahan di wilayah itu,” katanya.
Sebuah artikel yang yang ditulis di laman blog
ini pula ada menerangkan, masalah jangkitan HIV dan Aids dikatakan
meningkat di daerah Jayapura kerana aktiviti seks bebas dengan pelacur
sehingga wujudnya papan tanda seperti itu.
Menariknya lagi, sebuah lagi lokasi dengan nama yang agak RARE iaitu Kompleks Wajib Senyum yang terletak di Jayapura, Papua.
Papan tanda Komplex Wajib Senyum juga di Jayapura, Papua, Indonesia.
0 Komentar untuk "Jika Anda Memasuki Perkampungan Ini,Anda Wajib Memakai Kondom Di Sana"