YOGYAKARTA – Kesal dengan senarai nama
menu sebuah restoran masakan tempatan di sini, sebuah badan bukan
kerajaan menyeru masyarakat agar membuat bantahan ke atas pemilik premis
makanan itu, lapor akhbar Indonesia.
Kedai 24 Jam di Jalan Damai, mukim Ngaglik daerah Sleman di bandar raya
ini terkenal dalam kalangan penduduk bukan sahaja kerana keenakan
hidangan restoran tersebut, malahan nama-nama menu yang mampu
membangkitkan ‘selera’.
Menurut laporan yang dimuatnaik dari portal Mynewshub
menyatakan, antara menu yang pasti merangsang ‘nafsu’ pelanggan khasnya
lelaki ialah ‘Pelacur’ singkatan daripada Pemusnah Lapar Cukup
Rasional, ‘Peniz’ (Spesial Nasi Soziz) dan ‘Sodomie’ (Semangkok olahan
Indomie).
Kesemua nama makanan itu tidak pun menggambarkan rupa bentuk hidangan
tersebut, namun ia mengakibatkan ramai pelanggan teruja ingin tahu dan
tidak sabar meratahnya termasuk antaranya ‘Gigolo’ (Gerombolan Nasi
Goreng Sesuka Lo).
Bimbang dengan senario berbaur lucah yang ditakuti boleh menyebabkan
gejala seks bebas, Forum Komunikasi Psikolog Puskesmas se-Kabupaten
Sleman membuat protes secara aman, tetapi bukan dengan piket atau boikot
ke atas restoran itu.
Sebaliknya organisasi tersebut mengirim mesej kepada penduduk Yogyakarta
agar menegur pengusaha premis itu kembali insaf dengan menghantar
pesanan berunsur nasihat dan tazkirah agama menerusi pelbagai aplikasi
telekomunikasi pintar.
“Assalamualaikum wr wb Bapak Ibu… Mohon bantuannya, untuk bersama2
ber-amar ma’ruf nahi munkar, menyelamatkan anak2 kita semua dari
pornografi. Saat ini kami dari Forum Komunikasi Psikolog Puskesmas
se-Kabupaten Sleman merasa resah.
Ini ekoran usaha Kedai 24 Jam menggunakan konsep menu ‘vulgar’ setiap
nama pada makanan dan minuman yang dijual. Sehingga kami merasa perlu
mengkoreksi konsep tersebut. Saat ini kami sedang berupaya hubungi
pemilik Kedai 24 Jam.
Salah satunya berada di Jalan Damai, kami desak mereka untuk ubah konsep
warung dalam bentuk nama2 menu makanan minuman, serta dekorasi
interior-nya, menjadi lebih santun. Kami masih menunggu agar pemilik
melakukan perubahan.”
Selain itu, Forum Komunikasi Psikolog juga mengajak penduduk supaya
mengirimkan pesanan terus kepada Arismanto, si pemilik Kedai 24 Jam
dengan disertakan sekali nombor telefon bimbit pengusahanya dalam mesej
akhir organisasi berkenaan.
Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, pemilik premis tersebut telah
diminta memberi penjelasan mengenai nama-nama menu kepada pihak unit
perlindungan wanita polis daerah atau segera mengubahnya jika gagal
memberi alasan munasabah.sumber
0 Komentar untuk "Restoran Dikecam Kerana Letak Nama Menu Makanan Guna Perkataan Lucah"