Beyonce, Kim K, J Lo Memakai Pakaian Dedah Tubuh Dalam Majlis Met Gala

SUPERSTAR sensasi Hollywood Beyonce, Kim Kardashian dan Jennifer Lopez mencuri perhatian para hadirin dan pihak media yang menghadiri majlis tahunan Met Gala yang diadakan di New York, semalam.
Ini semua gara-gara pakaian terlampau menjolok mata yang digayakan mereka sehingga hampir membogelkan keseluruhan diri mereka di khalayak ramai.
\
Kim Kardashian tidak usah dipertikaikan lagi kebolehannya berbogel kerana benda ini sudah seakan menjadi forte buat dirinya.

Menggayakan gaun putih kristal rekaan Roberto Cavalli, Kim K hadir bergaya bersama suaminya, penyanyi rap, Kanye West.

kim 

kim1 

kim2

Kemunculan penyanyi lagu Single Ladies, Beyonce paling mencuri tumpuan, tampil bergaya dengan gaun jarang berwarna krim dihiasi manik-manik labuci yang menutupi bahagian sulitnya.

Ibu kepada Blue Ivy ini menggayakan rekaan pereka Givenchy dan hadir ditemani suaminya, Jay Z.

beyonce 

beyonce1 

beyonce2

Sementara itu, Jennifer Lopez pun tak mahu kalah apabila menggayakan rekaan Versace yang mendedahkan bahagian tepi punggungnya.

jlo
Met Gala merupakan satu majlis amal yang diadakan setiap tahun untuk mengumpul dana bagi Muzium Institut Seni Kostum New York yang mana tiket masuk bagi setiap hadirin adalah sebanyak USD$25,000 (RM90,150)
0 Komentar untuk "Beyonce, Kim K, J Lo Memakai Pakaian Dedah Tubuh Dalam Majlis Met Gala"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info