
HELVELLYN, LONDON 11 Mei – Sebuah jambatan
unik yang hanya diperbuat menggunakan kira-kira 22,000 helai kertas
berwarna merah tanpa menggunakan gam, menjadi tumpuan kepada penjalan
kaki dan penunggang basikal di Lembah Grisedale, di sini, baru-baru ini.
Menurut portal Mail Online, jambatan kertas berwarna merah itu merupakan
sebahagian hasil seni yang terletak di sepanjang anak sungai di Lembah
Grisedale.
Penggiat alam sekitar, Steve Messam dari Teesdale, menghabiskan masa
tiga tahun untuk membina jambatan unik tersebut yang dikendalikan oleh
Taman Kebudayaan sebagai sebahagian daripada Program Kecantikan Tasik
2015.
Alan Hinkers, menyeberangi jambatan unik yang dihasilkan daripada 22,000
helaian kertas berwarna merah di Lembah Grisedale, London, baru-baru
ini. – AGENSI
Beliau berkata, struktur jambatan itu kukuh dan mampu menyokong berat
pejalan kaki kerana dihasilkan daripada 4.5 tan (225 kilogram) helaian
kertas yang sama seperti kekuatan kayu oak.
Jambatan kertas sepanjang lima meter itu mula dibuka kepada orang awam mulai Jumaat lalu.
Seorang pendaki gunung, Alan Hinkers dari Yorkshire Utara yang merupakan
pejalan kaki pertama melalui jambatan unik itu berkata, dia sangat
takut ketika menyeberanginya.
“Ketika melalui jambatan itu, saya merasa cemas memandangkan jambatan
ini diperbuat daripada kertas dan tidak yakin dengan kekuatan jambatan
tersebut,” ujarnya.
Katanya lagi, walaupun hujan lebat, tetapi jambatan kertas itu tidak menunjukkan tanda rosak dan masih kukuh.
Sumber: UtusanOnline
0 Komentar untuk "Bina jambatan Daripada Kertas Tanpa Guna Gam (2 Gambar) "