Kes Selfie: Pelajar Diploma Digantung Setahun Oleh UiTM

Pelbagai reaksi dan kutukan orang ramai tentang perlakuan seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21 yang telah mengambil gambar 'selfie' ketika sedang menerima skrol daripada Prof Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub baru-baru ini dalam majlis graduasi

Perlakuan graduan jurusan Fotografi Uitm Lendu itu disifatkan melanggar batas protokol majlis dan tidak beretika.


Hasrul telah menjelaskan bahawa dia langsung tidak tahu bahawa tindakan dia itu menjadi satu kesalahan dan hanya bertujuan untuk ber'selfie' pada majlis tersebut.

“Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi.

Hasrul juga berfikir tidak salah untuk merakam detik bersejarah itu dengan secara unik selepas bertungkus-lumus selama 2 tahun setengah sehingga graduasi.

Hasrul memohon maaf jika tindakannya di atas pentas graduasi itu memalukan UiTM dan menjelaskan pada waktu kejadian itu dia tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronoknya itu selepas menerima segulung diploma.

Hasrul menyatakan dia mendapat idea untuk melakukan aksi selfie selepas menonton video sekumpulan graduan dari sebuah universiti tempatan melakukan aksi tarian ketika menerima skrol mereka.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan Hasrul digantung diplomanya untuk tempoh setahun atau dua tahun selepas bertindak memalukan UiTM.

Beliau juga mengatakan sepatutnya Hasrul menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya.sumber
0 Komentar untuk "Kes Selfie: Pelajar Diploma Digantung Setahun Oleh UiTM"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info