
Sejarah McDonald’s di Malayia:
Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald’s,
telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran
yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu
diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.
Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald’s Bukit
Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli
burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada
setiap minggu selama setahun!
Selain Big Mac, restoran McDonald’s Bukit Bintang yang dibuka setiap
hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan
Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi.
Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald’s yang
pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald’s yang
kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan
Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap
hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
McNuggets
McEgg
Double Cheeseburger
McValue Set with McEgg
McValue Set with McChicken
McValue Set with Filet-O-Fish
McValue Set with Big Mac
McValue Set with Cheeseburger
Sumber: Arkibnegara
Gambar: Carigold
0 Komentar untuk "Harga McDonald’s Di Malaysia Pada Tahun 1980 (8 Gambar) "