China – Adakah bos-bos di China merupakan majikan terbaik di dunia?
Selepas seorang majikan di China memberikan hadiah kepada 6,400
kakitangannya dengan percutian percuma ke Perancis, kini ada seorang
lagi hartawan yang pemurah.
Beliau adalah Li Huisen, pemilik syarikat Tiens Group yang terlibat
dalam penghasilan herba kesihatan di negara itu. Li telah membawa 12,700
kakitangannya bercuti di Bangkok dan Pattaya selama enam hari.
Ia merupakan kumpulan organisasi terbesar yang pernah terlibat dalam percutian di Thailand.
Kumpulan pekerja berkenaan akan bergerak ke Thailand dalam beberapa
peringkat mulai 10 hingga 20 Mei dengan menaiki 110 pesawat berasingan.
Menurut jurucakap syarikat itu, mereka akan menginap di beratus-ratus
hotel empat dan lima bintang selain 400 bas disewa bagi tujuan
berkenaan.
Kerajaan Thailand menganggarkan lawatan kumpulan berkenaan akan membawa masuk RM63 juta.
0 Komentar untuk "Bos Pemurah Bawa 12,700 Pekerja Cuti Ke Thailand"