GARA-GARA stres diejek gemuk oleh orang sekeliling, Amber Girling,
20, berasa terlalu rendah diri dan terdesak untuk kuruskan badan.
Natijahnya, dia menjadi obses mengambil pil pelangsingan badan hingga berat badannya mencecah cuma 25 kilogram.
Berat badan Amber menyusut hingga yang tinggal bukan tubuh langsing tetapi lebih kepada rangka bernyawa.
Hakikatnya badan Amber tidaklah kurus sangat dengan berat 57 kilogram
namun dia sendiri terasa seakan-akan disindir rakan-rakan sekolah
kerana berbadan gempal sejak berusia 17 tahun.
Menurut Amber kepada Daily Mail, ada rakan sekolah
mengekorinya ke kantin pada waktu rehat untuk melihat apa yang dia makan
lalu memberikan komen, “Jika saya jadi kamu saya tak akan makan tu..”
apabila melihat dia mahu menjamah pasta.
Amber satu ketika dahulu agak gempal tetapi ianya jauh lebih menarik daripada susuk tubuh persis ‘jerangkung’.
Sejak itu Amber mengamalkan diet dan melakukan aktiviti fizikal tiga
kali seminggu namun hasilnya tidak memuaskan hati Amber lantas dia
bertukar kepada pil diet.
Amber mengakui, dia mengambil 90 pil diet daripada empat jenis
berbeza dalam masa seminggu. Tak cukup dengan itu, dia menambah sesi
latihan di gym daripada tiga kali seminggu kepada setiap hari.
Amber terpaksa ‘berkampung’ di hospital selama 5 bulan gara-gara pengambilan pil langsing yang salah dan keterlaluan.
Akhirnya dia mengalami sakit perut yang luar biasa manakala kulitnya
bertukar kekuningan. Setelah dibawa ke hospital Amber terpaksa menjalani
rawatan selama lima bulan sebelum benar-benar pulih.
Kini Amber mahu semua gadis mengambil iktibar daripada pengalamannya –
terdapat cara yang betul untuk kurus dan makan pelbagai jenis pil
langsing tanpa mengikut aturan bukanlah caranya kerana ia boleh meragut
nyawa!
0 Komentar untuk "Gambar: Obses Dengan Pil Kurus, Akhirnya Tinggal Tulang"