Inilah 10 Alatan Pembersihan Buat Si Pemalas



Cuba fikirkan, apa perkara yang paling malas hendak kamu lakukan? Mencuci tandas? Menyental dapur? atau kamu malas nak menggosok gigi kamu sendiri? Jangan malu, kami ada beberapa cadangan alatan pembersihan seperti dibawah.

#1 Pencuci Kutleri
6) Cutleri cleaner
Dengan hanya sekali rendam, kotoran pun hilang!
Memang kadangkala kalau dah malas, nak cuci sudu dan garfu yang digunakan pun dah berasa cukup malas. Jika kamu dirumah memang seorang pengguna kutleri yang tegar, lepas guna malas nak cuci ataupun bila nak guna baru basuh bolehlah mencuba barangan ini.

#2 Mop Kawalan Jauh
7) Remote Control Mop
Kerja mengemop boleh dilakukan tanpa memerlukan anda bergerak ke seluruh tempat.
Mungkin anda boleh meminta anak-anak lelaki atau suami anda yang gemar bermain permainan yang menggunakan alat kawalan jauh seperti kapal terbang dan kereta untuk melakukan kerja ini. Rasanya mereka pasti mereka tidak menolak untuk melakukan tugasan yang menyeronokkan ini.


#3 Tongkat Pembersih
3) Cleaning Wand
Jika selama ini anda berasa kagum melihat tongkat ahli sihir didalam cerita keluaran Disney, mungkin kali ini kekaguman anda akan lebih bercampur teruja sekali.

#4 Robot Pembersih Tingkap
8) Win Bot
Malas nak bersih tingkap dan perlu memanjat untuk capai ke tempat yang lebih tinggi? Kini tidak lagi dengan Winbot.

#5 Selipar Dalam Rumah
9) Selipar
Jika selama ini kamu sering memakai selipar rumah yang biasa-biasa sahaja, apakata kali ini tukar dengan selipar yang agak luar biasa pula seperti ini. Memang sesuai buat kamu yang tidak berpeluang menyapu rumah setiap hari yang sibuk dengan tugasan harian.


#6 Tikar Penyerap Kotoran, Lumpur dan Air
10) Tikar serap
Mungkin selepas ini anda perlu berkira untuk raya ini sama ada ingin membeli karpet import dari Dubai sempena perayaan ini atau memasang tikar ajaib ini. Wah nampaknya selepas ini, memang tak perlu lagilah kamu melakukan kerja-kerja menyapu, vakum dan mengemop.


#7 Penyental Magnetik
Penyental magnetik
Selepas ini, tidak perlu lagi mengejangkan jari jemari tangan anda untuk mencuci ke kawasan-kawasan yang susah seperti dalam lubang pasu diatas. Penyental magnetik ini mampu mencuci dari luar dan dalam.

#8 Pad Pengalas Dapur Memasak
 
4) Silicone Stove Cover
Rasanya tiada perkara yang lebih mengerikan bila kena sental dapur memasak berjam-jam bagi berkilatkan? Kini, mimpi ngeri anda akan berakhir dengan menggunakan pad silikon ini.

#9 Berus Gigi 
1) berus gigi
Berus gigi mampu membersihkan keseluruh kawasan gigi anda dalam masa 6 saat.  Tetapi harap maklum, walaupun ianya mampu mencuci dalam masa sepantas 6 saat, tetapi anda perlu lah juga sanggup kehilangan RM1,069.00 dalam beberapa saat untuk membayar harga berus gigi ini.

#10 Berus Gigi Diatas Ubat Gigi
2) Berus gigi + Ubat
Tidak pasti jika alat ini dijual satu set. Berus gigi dan ubat gigi atau hanya berus sahaja selanjutnya anda harus memasangnya sendiri.

Sekarang penulis sedang menunggu alat atau robot yang boleh menyuap maknan terus ke mulut. Perut lapar tapi rasa malas pula nak makan.
0 Komentar untuk "Inilah 10 Alatan Pembersihan Buat Si Pemalas"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info