Seorang wanita, Xiao Li, 24, telah melahirkan seorang bayi di dalam tandas di sebuah kafe Internet di Nanchang, China.
Apa yang pelik wanita itu seolah tiada apa-apa berlaku apabila dia
kemudiannya kembali melayari internet sambil memegang bayinya yang masih
bertali pusat.
Menurut Town Asia, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang dimana
wanita tersebut berbuat demikian kerana tidak mahu pulang ke bilik
hotelnya kerana tiada duit
Kejadian ini disedari tukang cuci premis berkenaan yang melihat banyak
darah di dalam tandas dan terus mencari puncanya sehingga menjumpai
gadis tersebut sedang asyik melayari internet sambil mendukung bayinya.
Selepas melihat wanita tersebut sedang mendukung bayi dengan masih
bertali pusat, tukang cuci tersebut terus menghubungi ambulan.
Tukang cuci itu memberitahu sebuah stesen TV tempatan: 'Terdapat banyak darah. ia telah menyebabkan lubang tandas tersumbat.
Beliau cuba membantu untuk membersihkan Xiao Li, tetapi wanita itu menolak.
Apabila pembantu perubatan tiba, ibu muda itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Xiao Li berkata beliau sebelum ini telah meninggalkan rumah kerana
pertikaian keluarga. Beliau sebenarnya lari dari rumah yang terletak di
wilayah Shandong.
Kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar untuk rawatan perubatan,
hospital telah membayar untuknya. Selain itu jururawat juga menyediakan
beliau dengan makanan dan pakaian yang bersih.
Xiao Li memberitahu bekas teman lelaki dan keluarga akan melawat beliau
di hospital dan mereka dikatakan akan menjaganya apabila kelaur hospital
nanti. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Melahirkan Anak Dalam Tandas Cybercafe Kemudian Kembali Melayari Internet Bersama Bayi Bertali Pusat "