AISKRIM KONDOM TIMBULKAN KONTROVERSI DI CHINA | Ais
krim berbentuk kondom semakin popular di kalangan kanak-kanak di China.
Aiskrim yang dikenali sebagai 'Bubble Cream', telah mendapat kritikan
daripada ibu bapa. Ia dibungkus dalam sarung getah dan perlu digigit
pada bahagian hujung.
Kontroversi
telah semakin tersebar selepas gambar kanak-kanak menikmati aiskrin di
Shenyang telah di muat naik di laman microblogging oleh pengguna dengan
nama keluarga Jiang.
Global Times melaporkan beliau sebagai berkata: 'Saya terkejut bahawa ia kelihatan seperti kondom.
'Saya berasa
malu untuk memakannya sebagai orang dewasa, apatah lagi memberikan
kepada kanak-kanak. Bagaimana mereka boleh menjual produk seperti itu
kepada kanak-kanak?
Bapa kepada
seorang pelajar sekolah rendah, Encik Wang, menambah: 'Saya tidak tahu
bagaimana untuk menerangkan kepada anak-anak saya mengapa dia tidak
patut memakannya, Ia benar-benar memalukan. '
0 Komentar untuk "Inilah Aiskrim Kondom Yang Timbulkan Kontroversi Di China"