Restoran ini Tawarkan Hidangan Percuma Hanya Untuk Si Cantik



Sebuah restoran di Zhengzhou, China mencetuskan kontroversi apabila memperkenalkan polisi “Pay By Face” atau dalam bahasa Melayu bermaksud “Bayar dengan muka” iaitu memberikan hidangan percuma bagi mereka yang mempunyai wajah yang cantik.
Pengunjung yang datang akan mengimbas muka masing-masing disebuah mesin kemudian akan dianalisiskan oleh Pakar Kecantikan. Lima orang yang terpilih, yang mempunyai skor yang tinggi, layak mendapat hidangan percuma.

Restoran 4

Restoran 2
Kumpulan Pakar Kecantikan sedang menganalisis salah satu wajah pengunjung restoran ini

Restoran 5
Inilah wajah dan penampilan seorang pakar kecantikan

Bagi mereka yang tidak bernasib baik dan tak diiktiraf sebagai ‘cantik’ oleh pakar kecantikan akan diberi sedikit khidmat nasihat untuk melakukan beberapa perubahan yang perlu supaya mereka akan mendapat hidangan percuma pada lawatan yang akan datang.

Restoran 3
Pasti hal ini menimbulkan sedikit ketidakpuasan hati kerana kecantikan adalah sesuatu perkara yang subjektif, lain orang lainlah penilaiannya. Tetapi cara dua Pakar Kecantikan menganalisa kecantikan ini adalah dengan cara memecahkannya kepada empat kategori iaitu Muka, Mata, Hidung dan Mulut.
* Muka
Dahi kelihatan jelas (bukan jendol), kedudukan hujung hidung dengan bibir atas dan dagu adalah selari. Kening pula perlu berada  sejajar dengan tepi bahagian dalam mata dan tepi luar hidung.
* Mata 
Lelaki – jarak antara dua anak mata mestilah 63mm manakala jarak antara hujung mata dengan hujung mata adalah 90mm.
Perempuan – jarak antara dua anak mata mestilah 51mm manakala jarak antara hujung mata dengan hujung mata adalah 85mm.
* Hidung
Lelaki – mempunyai ruang hidung yang rata
Wanita – mempunyai ruang hidung yang cekung
Lelaki & Wanita – Ukuran lebar hidung mestilah sama dengan ukuran lebar bagi satu biji mata.
* Mulut
Lebar bagi sebelah bibir haruslah lebar sedikit dari jarak antara kedua belah mata. Lagi satu, jarak antara lubang hidung dengan atas bibir haruslah 1/3 dengan ketebalan bibir bersama (bibir yang terkatup atas dan bawah)
Agak pening dan rumit cara penilaian mereka. Penilaian inilah yang selalu digunakan dalam pertandingan ratu cantik. Sebab itu kita akan berasa pelik, mengapa bila ada dua orang menyertai peraduan ratu cantik iaitu si A dan si B, dari kaca mata kita si A lebih cantik dari si B, tetapi diperingkat saringan si A tersingkir, ini adalah kerana si A tidak mengikuti kriteria seperti diatas sebaliknya walau si B tidaklah kelihatan manis seperti si A disebabkan ukuran wajahnya adalah simetri, maka si B layak ke peringkat seterusnya.
0 Komentar untuk "Restoran ini Tawarkan Hidangan Percuma Hanya Untuk Si Cantik"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info