Tindakan Spontan Sultan Brunei Ini Pastinya Membuatkan Kita Kagum



KEPERIBADIAN Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang amat merendah diri dapat dilihat menerusi satu kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, baru-baru ini.

Melalui pautan yang dikongsikan Facebook Joeery Hairi, beliau menceritakan bagaimana tindakan baginda yang amat merendah diri terus bersalam dengan anggota polis pengiring baginda sebelum menaiki pesawat untuk kembali ke Brunei.




“Sebaik baik pemimpin adalah pemimpin yang sentiasa menghargai orang bawahan… Kagum dan respect bila melihat Sultan Hassanal Bolkiah turun dari kenderaannya terus meluru kepada anggota polis yang escotnya untuk bersalam tanda terima kasih sewaktu d Lapangan Terbang Pulau Pinang… biarpun pada waktu itu ramai orang kenamaan menanti untuk bersalam dan mengucap selamat jalan pada tuanku…inilah pemimpin Islam yang harus dicontohi…semoga Allah panjangkan umur Sultan Hassanal Bolkiah.” Tulis Joery.

Tindakan baginda yang bersalam secara bersendirian dan mengucapkan terima kasih kepada anggota Polis Traffik Malaysia membuatkan ramai berasa kagum dengan keperibadian baginda.
Walaupun anggota polis pastinya sudah biasa mengiring orang-orang kenamaan, namun kami yakin mereka tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu yang datangnya dari seseorang yang berstatus Sultan.



0 Komentar untuk "Tindakan Spontan Sultan Brunei Ini Pastinya Membuatkan Kita Kagum"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info