Pernah tak masa sekolah dulu, menipu dalam peperiksaan? Tak
semestinya ujian besar. Contoh masa dekat universiti dulu mesti pernah
meniru bila pensyarah bagi soalan kuiz betul tak? Jadi mungkin beberapa
gambar trik dibawah ini mungkin anda pernah praktikkan ataupun
sememangnya anda tahu taktik sebegini.
#1 Lekatkan jawapan dekat paha bagi yang pakai skirt pendek
Pakai skirt pendek bolehlah selak-selak. Kalau pakai baju kurung tak akan nak selak sampai atas kan?
#2 Tulis jawapan di kuku
Kahkahkahkah pewarna kuku bagi golongan pelajar
#3 Bukan botol air biasa-biasa
Mungkin inilah yang dimaksudkan air ‘Penerang Hati’ yang orang tua-tua selalu minta bila anak-anak nak periksa.
#4 Lekatkan jawapan disatu plastik kemudian lekat gam dan tampalkan batang pen
Sekali pandang macam lirik lagu Kiroro-Mirae
#5 Tulis jawapan dekat penutup cawan plastik
Selalunya kalau cawan macam ni mungkin boleh bawa masuk masa jawab soalan kuiz je.
#6 Memanfaatkan lengan dengan sebaiknya
Biar lengan tak ‘sado’ janji boleh bawak masuk ‘toyol’
#7 Tengok orang sebelah dan depan
Alah.. tak payahlah buat-buat macam Ahli Fikir sangat
Baik mengaku, ada tak salah satu atau beberapa cara diatas pernah dibuat?
0 Komentar untuk "7 Trik Menipu Dalam Peperiksaan Yang Korang Selalu Gunakan"