Inilah Antara Gambar Selfie Yang Diambil Sebelum Kecelakaan


Boleh dijadikan pengajaran. Adakalanya kalau nak berselfie biarlah bertempat. Kadangkala ada betul bila rakan-rakan kamu di media sosial yang mengkritik selfie kamu yang tak bertempat itu. Bukan kerana cemburu, tapi adakalanya gambar tersebut diambil di masa yang tak sesuai seperti sedang melakukan sesuatu perkara yang memerlukan fokus yang tinggi.

#1 Sebelum Kemalangan Melanggar  Sebuah Trak
Happy
Gambar ini diambil sewaktu gadis yang bernama Courtney Sanford ini sedang memandu. Beberapa saat selepas itu kereta yang dipandunya kemalangan dan melanggar sebuah trak. Moral dari gamabar ini, tumpukan sepenuh perhatian sewaktu memandu.

#2 Diambil Beberapa Detik Sebelum Kemalangan Motor
Jadiel
Gambar ini telah dimuatnaik ke laman Instagram beberapa detik sebelum kemalangan motosikal di New York pada Mei, 2014.

#3 Sebelum Tragedi MH17
MH17-Selfie
Gambar ini merupakan gambar yang diambil oleh Gary Slok bersama dengan ibunya beberapa minit sebelum bertolak dari Amsterdam dengan menaiki Malaysia Airlines (MAS), MH17. Tragedi pesawat ini menggemparkan dunia apabila ditembak jatuh oleh Ukraine pada Julai, 2014.

#4 Mati terkena renjatan elektrik
On-Top-of-the-Train
Pada Mac 2014, seorang lelaki berusia 21 tahun mati di JaĆ©n, Spanyol kerana terkena renjatan elektrik sewaktu cuba memanjat ke bumbung atas sebuah keretapi yang dinaikinya. Lelaki ini tidak sempat untuk berselfie, tapi mati kerana terkena renjatan elektrik.
0 Komentar untuk "Inilah Antara Gambar Selfie Yang Diambil Sebelum Kecelakaan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info