'Datuk' 86 Tahun Masih Gagah Selepas Timang Anak Kembar


TURKI: Seorang lelaki yang berusia 85 tahun terkejut selepas isterinya yang berusia 46 tahun disahkan mengandung lagi dan melahirkan anak kembar.

Beliaun, Abdullah Sevinc menyambut kelahiran anak ke 15 selepas isterinya, Hanifa Abdullah Mihrinaz bersalin beberapa hari lalu.

Pasangan ini telah berkahwin sembilan tahun lalu dimana sebelum ini mereka dikurniakan dua anak lelaki dan seorang perempuan.


Sebelum perkahwinan ini Abdullah sudah mempunyai anak seramai 10 orang bersama isteri pertamanya yang telah meninggal 15 tahun lalu.

"Ini semua kuasa Tuhan. Saya tak jangka akan dapat anak kembar.

"Memang saya sudah berusia tapi saya masih sihat. Malu juga, tapi tiada apa yang boleh saya lakukan kerana ini rezeki," kata Abdullah.

Bagaimanapun Abdullah telah memberitahu dia sudah tidak mahu anak lagi kerana 15 orang sudah terlalu ramai. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "'Datuk' 86 Tahun Masih Gagah Selepas Timang Anak Kembar "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info