Gadis Cantik Ini Parah Ketika Cuba Berselfie Atas Keretapi



Rusia – Bukan semua tempat boleh berselfie. Itu ingatan kepada semua terutama remaja. Kalau tidak berlakulah kes seperti dua remaja ini yang mengalami luka akibat melecur yang teruk selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba berselfie di atas keretapi.

Olesya Belmasova dan Anastasiya Kirillova, yang kedua-duanya berusia 16 tahun telah memanjat sebuah keretapi lama yang disangka mereka tidak boleh digunakan lagi di sebuah landasan di bandar Taganrog.

Namun mereka tidak mengetahui bahawa beribu-ribu volt elektrik mengalir melalui keretapi tersebut.

Sebalik sahaja mereka naik ke atas bumbung keretapi itu, mereka telah terkena renjata elektrik dan telah tercampak ke atas lantai dengan badan salah seorang daripada mereka menjadi hitam legam manakala seorang lagi sedang terbakar seolah-olah baru meletup.

Kedua-duanya dikejarkan ke hospital kanak-kanak.

Dalam pada itu.Anastasia, yang masih boleh bercakap meskipun mengalami kecederaan itu berkata selepas memanjat bumbung keretapi berkenaan, mereka mendengar bunyi yang kuta sebelum tercampak ke atas tanah.

“Rambut saya terbakar dan ia sangat sakit,’’ katanya
0 Komentar untuk "Gadis Cantik Ini Parah Ketika Cuba Berselfie Atas Keretapi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info