Pengkid Mahu Mengandung Tetapi Mahu Jadi Jantan








DEVON – Gara-gara ingin mengandung, seorang pengkid memilih untuk tidak menjalani sepenuhnya proses pertukaran jantina sebaliknya hanya menjalani pembedahan untuk membuang payudaranya sahaja.

Kay Browning, 25, dilahirkan perempuan namun menyifatkan dia berada dalam badan yang salah hanya kerana dia mahu menjadi lelaki.

Susulan itu dia telah menjalani rawatan hormon dan psikoterapi selama 18 bulan sebagai persediaan untuk menjadi lelaki.

Meskipun suaranya sudah berubah dan bulu juga telah tumbuh di mukanya, Kay berkeras untuk kekal sebagai wanita untuk sementara waktu sehingga dia mengandung.

Baginya, dia mahu golongan seumpama itu mengetahui bahawa mereka juga mempunyai pilihan sama ada mengandung sendiri atau mendermakan telur kepada pasangan mereka kelak.

“Tahun depan saya mahu membekukan telur saya selama lima tahun supaya saya menjadi bapa apabila saya mahukannya tetapi saya tidak tahu bila masa yang sesuai kerana sukar untuk meramalkan di mana saya akan berada dalam masa lima tahun,’’ katanya.

Macam-macam manusia ni… – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Pengkid Mahu Mengandung Tetapi Mahu Jadi Jantan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info