1. Presiden Brazil, Tancredo Neves
Sewaktu kempen pilihanraya di Brazil diadakan, Tancredo Neves dengan
riak berucap di hadapan rakyatnya bahawa sekiranya beliau memenangi
jawatan Presiden Brazil melebihi 500,000 undian, tidak ada siapapun
mampu menggoyangkan karier politiknya termasuk Tuhan.
Ternyata, nasib menyebelahi Neves kerana beliau benar-benar telah mendapat sokongan melebihi 500,000 undian.
Namun, sehari sebelum Neves dilantik secara rasmi sebagai pemimpin
nombor satu Brazil, beliau akhirnya mati akibat komplikasi pembedahan
yang dijalani beberapa hari sebelum tarikh perlantikan itu.
2. John Lennon (The Beatles)
Siapa yang tidak mengenali kumpulan The Beatles. Pada era 60-an, kumpulan ini menjadi fenomena seluruh dunia. Malah, salah seorang ahli The Beatles iaitu John Lennon antara yang menjadi kegilaan ramai wanita ketika itu.
Sewaktu ditemuramah oleh media antarabangsa beberapa tahun sebelum itu, Lennon berkata:
“Saya dan The Beatles lebih terkenal berbanding Tuhan. Kita tengok siapa
dulu yang tenggelam, sama ada Tuhan dengan ajarannya ataupun The
Beatles dengan aliran Rock n Rollnya.”
Kenyataan itu telah mengundang kemarahan peminatnya dan mengadakan satu
demonstrasi memijak serta membakar piring hitam serta poster The
Beatles. Akhirnya pada tahun 1970, The Beatles telah berpecah dan
tenggelam.
Pada 8 Disember 1980, John Lennon telah ditembak oleh salah seorang
peminat fanatiknya di hadapan rumah beliau sendiri dan mati serta merta.
3. Marilyn Monroe (Selebriti Hollywood)
Hidup wanita cantik ini begitu sempurna kerana mempunyai kekayaan luar biasa dan terkenal diseluruh dunia. Namun, siapa tahu disebalik semua itu, Monroe menyimpan seribu duka dalam kehidupan peribadinya.
Sewaktu Monroe sedang melakukan pengambaran, beliau didatangi seorang
lelaki bernama Billy Graham yang mengatakan satu petanda tidak baik
daripada Tuhan.
Monroe yang ketika itu dikhabarkan sedang bercinta dengan Presiden
Amerika Syarikat, John F Kennedy tidak menerima nasihat daripada Graham
dan, dengan angkuh pelakon itu menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan
Tuhan.
Seminggu kemudian, beliau ditemui mati di dalam bilik tidurnya. Muncul
pelbagai teori mengenai kematian beliau. Ada yang mengatakan dia dibunuh
kerana konspirasi politik dan akhirnya, teori yang diakui sehingga kini
adalah kerana mati akibat bunuh diri.
4. Thomas Andrews (Pencipta Kapal Pelayaran Titanic)
Ilham mencipta sebuah kapal yang dianggap lagenda sepanjang zaman iaitu ‘Titanic’ merupakan kepunyaan Thomas Andrews. Malah, Titanic merupakan salah sebuah kapal terbesar dan tercanggih di dunia.
Saat diwawancara mengenai kecanggihan dan tempoh Titanic mampu berlayar
di Lautan Antlantik, Thomas menyatakan: ‘Tuhan tidak mampu
menenggelamkannya’.
Pada 10 April 1912, Titanic telah memulakan pelayarannya yang pertama dari Amerika Syarikat ke Eropah. Satu tragedi tidak disangka berlaku selepas empat hari kapal itu berlayar di Lautan Antlantik. Titanic telah melanggar bongkah ais besar lalu tenggelam perlahan-lahan ke dasar Lautan Atlantik Utara yang mengorbankan 1517 orang dan hanya 706 orang sahaja terselamat.
5. Bon Scott (bekas vokalis AC/DC)
Beliau merupakan penyanyi rock Australia yang dilahirkan pada 9 Julai 1946. Scott melalui zaman kegemilangannya bersama kumpulan AC/DC sejak tahun 1974 menggantikan Dave Evans sebagai vokalis kumpulan itu.
Pada tahun 1979, AC/DC telah muncul dengan sebuah album baru dan salah lagu yang disampaikan oleh Scott berbunyi :
“Jangan hentikan saya. Saya sedang asyik berjalan ke neraka.”
Setahun kemudian, Scott ditemui mati pada 19 Februari 1980 kerana
tersedak oleh muntahnya sendiri akibat keracunan alkohol. Lima bulan
selepas kematiannya, AC/DC telah menerbitkan album bertajuk ‘Back In
Black’ sebagai menghormati pemergian vokalis mereka.
Begitulah episod kematian nama-nama terkemuka di dunia. Manusia hanya
boleh membuat teori sahaja tetapi hanya Tuhan sahaja yang mengetahui
sebab sebenar kematian mereka semua.
Mungkin ianya juga suatu kebetulan mereka menemui ajal selepas membuat kenyataan yang seolah-olah menghina Tuhan.
Sumber: MalaysianDigest
0 Komentar untuk "Top 5 Kematian Tragis Akibat Menghina Tuhan "