Siapa yang suka melancong dan tidur di hotel mewah lima 
bintang, mungkin boleh berhenti baca artikel ini sekarang. Tapi jika 
kamu seorang pengembara yang adventurous dan mahukan kelainan setiap 
kali kamu ke tempat orang, mungkin kamu mahu cuba hostel backpackers 
bertemakan penjara ini.
Fremantle Prison YHA adalah sebuah hostel yang terletak di 
Australia. Bangunan penjara Fremantle ini telah diiktiraf sebagai salah 
sebuah bangunan warisan dunia oleh UNESCO. 
Suasana penjara dalam hostel ini masih dikekalkan; lengkap dengan
 wayar berduri, laman senaman banduan dan biliknya pun masih sama 
sebesar sel penjara terdahulu. Namun begitu, hostel ini tetap selesa 
didiami sama seperti hostel-hostel yang lain. 
Ruang penjara yang ditransformasi menjadi hostel ini dahulunya 
adalah penjara wanita yang dibina pada tahun 1850an tetapi ditutup pada 
tahun 1991 apabila meningkatnya jumlah banduan dan tidak dapat ditampung
 oleh penjara ini. Anda juga berpeluang untu melawat Fremantle Prison 
yang tersenarai dalam 10 tempat menarik yang harus anda kunjungi jika 
anda ke Australia.
Harga bilik untuk semalam adalah dari RM90 semalam untuk seorang. Boleh tahan kan?
        
0 Komentar untuk "Hostel Ini Akan Buatkan Kamu Rasa Seperti Tinggal Dalam Penjara"