Ingat Orang Minyak, Rupanya Mat Bangla Bogel Giat Merompak



GAYANYA tak ubah persis ‘orang minyak’.

Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh mengejutkan netizen apabila dikesan giat menjalankan aktiviti mencuri dan merompak dalam keadaan berbogel.

Imej suspek yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) ketika sedang merompak di salah sebuah rumah mangsa pada Mac lalu kini menjadi viral di laman sosial.

Difahamkan, lelaki itu menjalankan modus operandinya di sekitar kawasan Gombak, Selangor sejak beberapa bulan lalu.

10392515_854865827895968_5140758714708178568_n 11220910_854865817895969_7733978444105860245_n 11223807_854865844562633_3758753912150038005_n 11698527_854865834562634_5669897126399428044_n

Suspek dikatakan melakukan jenayah ketika mangsa sedang enak tidur iaitu sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi.
Menurut seorang penduduk tempatan, kira-kira lebih 5 buah rumah telah menjadi mangsa rompakan penjenayah bogel itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Murusamy mengesahkan perkara itu dan siasatan giat dijalankan untuk menangkap suspek. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Ingat Orang Minyak, Rupanya Mat Bangla Bogel Giat Merompak"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info