Hasrat sepasang warga emas yang telah berkahwin sejak 75 tahu lalu untuk mati bersama
tercapai apabila mereka meninggal dunia selang beberapa jam. Jeanette
Toczko, 96, dan suaminya Alexander Toczko, 95, dari San Diego,
California, ditemui meninggal dunia di atas katil sambil berpegangan
tangan.
Kisah Cinta Sejati Sampai Mati: Pasangan Mati Bersama Selepas 75 Tahun Berkahwin
Pasangan tersebut mula bercinta sejak berusia lapan tahun sebelum
mendirikan rumah tangga pada usia muda. Beberapa minggu lalu Alexander
mengalami patah pinggul dan ditempatkan di sebelah katil isterinya.
Ketika saling berpegangan tangan di katil bersebelahan, pasangan itu
sentiasa mengulangi hasrat mereka sejak muda iaitu ingin mati
bersama-sama. Alexander yang merupakan bekas tentera laut Amerika
Syarikat (AS) mendirikan rumah tangga dengan Jeanette pada 1940. Hasil
perkawinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan lima cahaya mata, 10 cucu
dan enam cicit.
Sumber : Suria fm
0 Komentar untuk "KISAH CINTA SEJATI SAMPAI MATI: PASANGAN MATI BERSAMA SELEPAS 75 TAHUN BERKAHWIN"