Rakaman Lensa: Ngeri, Pilot-Pilot Jet Tempur India Berlatih Mendarat Dan Berlepas Di Jalan Raya



Benar-benar sebuah pemandangan yang mendebarkan! India Air Force (Tentera Udara India) telah berjaya mendaratkan pesawat jet tempurnya di jalan tol untuk pertama kalinya. Hal itu dilakukan sebagai sebahagian daripada uji coba menggunakan jalan untuk pendaratan kecemasan dalam senario sebuah pertempuran atau perang.

Mereka menggunakan pesawat jet pejuang Mirage 2000 semasa uji cuba mendarat di jalan utama yang menghubungkan New Delhi dan Agra itu, pada Khamis 21 Mei 2015 pagi.

Jalan tol sepanjang 102 batu itu adalah salah satu yang paling moden jalan raya di India. Tentera Udara India bercadang menggunakan berbagai jalan raya di India untuk dijadikan landasan kecemasan.

Dalam keluaran rasmi beliau, Tentera Udara India mengatakan pesawat terbang India tengah mengadakan "latihan di jalan raya, turun di ketinggian 100 meter sebelum mendarat" di negara bahagian Uttar Pradesh.

Aparat polis dikerahkan di sepanjang bentangan jalan raya untuk keselamatan semasa latihan tersebut berlangsung. Para pegawai kanan angkatan udara juga hadir untuk menyaksikan pendaratan dan berlepas tersebut.

Lalu lintas di jalan tersebut terpaksa dihentikan selama beberapa jam semasa latihan berlangsung. Masyarakat setempat, termasuk warga dari kampung berdekatan, hanya boleh melihat dari kejauhan dengan perasaan kagum bercampur ngeri.

Dalam pelbagai senario pertempuran semasa perang, jalan raya biasanya digunakan untuk pendaratan kecemasan dan atau berlepas lagi jika pangkalan udara diserang oleh musuh.

Para pilot jet tempur AU India yang  tengah bersiap


Sebagian foto pemandangan-pemandangan yang mendebarkan saat pesawat jet tempur Mirage 2000H mendarat dengan mulus di jalan raya. Suara dentuman mesin jetnya membuat warga setempat yang menyksikannya dilanda kekaguman sekaligus ketakutan

Salah satu jet tempur Mirage 2000H lepas landas dari jalan raya

Negara jiran India, iaitu Pakistan, telah menggunakan jalan tol untuk pendaratan pesawat pejuang. Kedua-dua negara ketat ini hingga sekarang masih mempunyai semangat "permusuhan", sehingga tidak hairanlah kalau mereka memperhebatkan pertahanan dan kekuatan militernya.


0 Komentar untuk "Rakaman Lensa: Ngeri, Pilot-Pilot Jet Tempur India Berlatih Mendarat Dan Berlepas Di Jalan Raya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info