Maksud bujang disini, adalah lelaki dan wanita yang masih belum berkahwin. Mungkin kerana ayat ini sememangnya cliche, atau mereka tidak dapat menerima ayat-ayat ini dengan akal yang waras. Natijahnya, jika ingin berbual dengan mereka, sila hindari ayat-ayat yang membosankan seperti dibawah.
#1 “Ianya pasti akan berlaku satu hari nanti”
“Adoi,, satu hari tu bila?” sambil mengumpat didalam hati
#2 “Kau tak perlukan sesiapa untuk bahagia”
“Ya. Aku tak perlukan sesiapa. Kau boleh balik sekarang”
#3 “Ya Tuhan.. Bila kau nak kahwin. Mari aku carikan jodoh untuk kau”
“Aku yang tak kahwin, kau pula yang panas”
#4 “Kamu perlu mencintai diri kamu dahulu sebelum mencintai orang lain”
“Dah macam itu, kenapa kau tak kahwin dengan diri kau sendiri”
#5 “Mungkin dia dah hilang nombor telefon kau”
“Eh? aku hidup di Zaman Paleolitik lagi ke?”
Mungkin ayat-ayat diatas ini adalah kata nasihat yang betul. Tetapi apabila seseorang itu dalam kekecewaan, adalah agak sukar baginya menerima jawapan-jawapan seperti diatas. Mungkin ada patutnya kamu diam dan menjadi pendengar yang setia, ataupun suruh sahaja teman kamu menangis (perempuan) sepuas-puasnya . Jika teman kamu seorang lelaki, kamu mungkin boleh mengajak rakan kamu yang malang itu melakukan aktiviti yang disukainya bersama-sama.
0 Komentar untuk "5 Ayat Yang Bosan Didengari Oleh Orang Bujang"