Gadis Jepun
Benua asia adalah antara benua yang paling
unik di dunia. Pelbagai etnik yang ada di dalam benua asia dan
menjadikan asia adalah sebuah benua yang berbilang bangsa dan kaum.
Dari segi ekonomi, negara asia yang paling maju ketika ini adalah negara
China dan merupakan kuasa besar ekonomi dunia. Dengan memiliki jumlah
penduduk antara terbanyak di dunia, kini China terkenal dengan sebuah
pusat perindustrian yang berkembang pesat.
Dalam artikel kali ini saya ingin menyentuh tiga negara yang berada di
benua asia iaitu Jepun, Korea dan China. Mungkin ramai yang tidak dapat
membezakan muka antara orang Jepun, Korea dan China. Kali ini saya akan
membongkar rahsia untuk membezakan wanita Jepun, Korea dan China.
JEPUN
1. Orang Jepun cenderung memiliki struktur wajah oval bermata besar dan
hidung yang lebih jelas. Wanita Jepun sering memakai “make up” tebal
memberikan kesan warna kulit putih pucat.
2. Perbezaan pada pakaian tradisional : Jepun pakai kimono panjang .
3. Cara percakapan: Orang Jepun bercakap seperti gaya anak remaja zaman sekarang.
4. Bahasa Jepun sendiri menggunakan kanji tradisional yang berkait sama
dengan Taiwan. Bahkan sebelum mempunyai karakter tulisan sendiri, semua
dokumen ditulis dalam kanji. Hiragana dan katakana sebenarnya merupakan
penyederhanaan karakter kanji. Hiragana dahulu hanya digunakan untuk
kaum wanita golongan atas. Perbezaan tatabahasa membuat bahasa Jepun
menggunakan kanji dengan hiragana.
5. Bagi wanita Jepun, definisi cantik bagi mereka bererti putih kulitnya
tanpa ada bintik-bintik hitam dan sebagainya. Wanita Jepun juga peramah
dan mudah mesra dengan semua orang .
KOREA
1. Orang Korea cenderung memiliki wajah menyanjung dengan tulang pipi tinggi/persegi dan mata kecil dengan kelopak mata tunggal.
2. Cara pemakaian : Orang Korea paling biasa saja, namanya ialah Hanbok .
3. Cara percakapan : Orang Korea percakapannya susah difahami oleh orang bukan Korea.
4. Bahasa Korea juga menggunakan kanji tradisional. Budak sekolah sampai
sekarang masih mempelajarinya sebagai HANJA. Hanya pada zaman Kaisar
Sejong, diperkenalkan Hangul, yang sekarang dipakai untuk menulis semua
perkataan, baik asli korea mahupun asing. Kalau percakapannya dalam
Hangul sama, mereka akan kembali melihat Hanjanya untuk memastikan erti
yang dimaksudkan .
5. Wanita Korea bersikap lebih materialistik dan mereka amat
mementingkan paras rupa . Oleh sebab itu sebilangan besar penduduk Korea
melakukan pembedahan plastik.
CHINA
1. Orang China cenderung memiliki wajah bulat daripada orang Korea dan
Jepun. China adalah negara multi-etnis besar tidak seperti Korea dan
Jepun (yang lebih etnis homogen) sehingga lebih sukar untuk membezakan
atau mengeneralisasi.
2. Perbezaan pada pakaian tradisional : Orang China pakai pakaian yang agak pendek.
3. Cara percakapan : Orang China nada percakapannya kasar dan nada baik .
4. Kanji yang ada pada bahasa Mandarin, Jepun dan Korea berasal dari
tempat yang sama iaitu China. Ketika ini, bahasa Mandarin menggunakan
kanji sederhana (simplified kanji) yang dipopularkan oleh Beijing. Kanji
tradisional merupakan kanji masih dipakai di Taiwan. Tulisan Kanji
adalah tulisan paling rumit dibandingkan dengan Hiragana, Katakana,
ataupun Hangul (tulisan Korea).
5. Orang China kuno berpendapat sekiranya lebih kecil kaki mereka maka
mereka akan lebih cantik. Mereka mementingkan akhlak peribadi
seseorang.
0 Komentar untuk "Cara Membezakan Wanita Jepun, Korea dan China "