Pengusaha Ladang Ganja Pamer Kemewahan Dengan Dikelilingi Ramai Wanita (6 Gambar)


2

SEORANG pengusaha ganja berlesen cuba mencari populariti di laman sosial Instagram dengan memuat naik gambar-gambarnya bersama wanita seksi, jet peribadi dan sejumlah wang tunai.
Michael Straumietis yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Advanced Nutrients cuba menarik pengikut di laman sosial berkenaan dengan mempamerkan kemewahannya.

2

2
22


2

Straumietis merupakan pengusaha ganja bagi tujuan kajian pertanian, makanan tambahan dan nutrisi.

Ketika memuat naik gambar-gambarnya, Straumietis turut mempromosikan perusahaannya yang berpangkalan di Kanada dan mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk menanam ganja secara tertutup.
Jutawan itu dilahirkan di Portland, Oregon dalam keluarga golongan pertengahan – bapanya meninggal dunia ketika dia masih remaja manakala ibunya seorang penagih dadah.

Straumietis turut bekerjasama dengan pihak berkuasa utama dunia dalam melakukan kajian terhadap nutrien ganja untuk makanan tambahan. –mStarOnline
0 Komentar untuk "Pengusaha Ladang Ganja Pamer Kemewahan Dengan Dikelilingi Ramai Wanita (6 Gambar)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info