Seekor ikan emas dari spesies Fantail yang diberi nama ‘Einstein’ ini
telah hilang keupayaan untuk berenang selepas menghadapi masalah pada
bahagian pundi udaranya yang menyebabkan ia berenang secara terbalik
dari atas ke bawah dan tenggelam ke dasar tangki.
Disebabkan masalah tersebut, pemilik ikan, Leighton Naylor terpaksa
mencipta sejenis pelampung khasuntuk dipakaikan pada ikannya itu.
Pelampung khas yang di buat dari tiub kitar semula itu muat dengan
sempurna pada badan ikan tersebut danmembolehkannya berenang dengan
normal semula.
En. Naylor telah menghabiskan masa selama 3 jam untuk mereka bentuk
pelampung khas dari tiub pengudaraan tangki ikan itu, dan melaraskannya
agar dapat dipakai oleh Einstein.
“Amat menyedihkan melihat ia dalam keadaan tidak berdaya. Ia kelihatan
sangat tertekan. Pada mulanya, ia menolak untuk memakai pelampung
tersebut. Ia juga sering tersangkut pada tumbuhan hiasan tetapi setelah
saya menyusun atur semula keadaan di dalam tangki, ia kelihatan lebih
baik,” kata En. Naylor.
0 Komentar untuk "Pelik! Ikan Ini Pakai Pelampung Dalam Air?"