Di dasar lautan Antartika masih menyimpan beribu hidupan misteri yang
masih belum diterokai dan tidak diketahui disebabkan oleh suhunya yang
berada dibawah tahap beku. Ini menyebabkan ianya sukar untuk diterokai
dengan lebih jauh lagi.
Kali ini kongsikan kepada anda 5 makhluk pelik yang berjaya ditemui di bawah lautan ais di Antartika.
Mereka mungkin kelihatan seperti menakutkan tetapi mereka kebanyakannya tidak berbahaya.
5.Comb Jelly
Obor-obor seperti ini sangat banyak terdapat dalam air permukaan Lautan
Selatan dan ia secara meluas di dasar laut bawah ais ini dan ia amat
berasid. Suhu lautan yang semakin panas akibat daripada tahap karbon
dioksida di atmosfera menyebabkan haiwan ini kini sudah mula senang
dijumpai di kawasan cetek.
4. Babi Laut
Salah satu haiwan yang paling banyak ditangkap di luar pantai Antartika
oleh pasukan penyelidikan antarabangsa di atas kapal Penyelidikan BAS
Royal ,Kapal James Clark Ross. Banyak terdapat di Atlantik, Pasifik dan
Lautan Hindi, beberapa spesies yang berkaitan boleh didapati di
Antartika.
3. Ketam Hoff
Ketam Hoff adalah haiwan laut dalam yang hampir menyerupai udang galah
yang hidup pada lubang hidroterma di Antartika. Ketam yang diberikan
nama samaran sebagai Krustasia telah berjaya ditemui pada tahun 2010
oleh ahli-ahli sains UK laut dalam kapal RRS James Cook.
2. Beberapa Spesis Labah-labah Laut
Makhluk yang agak banyak di dasar laut bawah ais di Antartika kerana
kadungan oksigen yang agak tinggi diperairan laut yang cetek. Makhluk
Gillless seperti labah-labah laut ini bernafas melalui rongga-rongga
pada tubuh mereka membolehkan lebih banyak oksigen untuk diserap ke
dalam badan mereka.
1. Blackfin icefish
Ikan-ikan ini berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan di perairan
sejuk pelantar benua Antartika. Darah mereka penuh dengan
anti-pembekuan, tetapi tiada sel-sel darah merah.
0 Komentar untuk "Haiwan Misteri Yang Dijumpai Dibawah Dasar Laut Antartika.."