SINGAPURA – Biarpun ramai peniaga mengeluh mereka
kerugian besar ekoran pelanggan Malaysia enggan membeli barangan akibat
matawang dollar Singapura terlalu ‘kuat’ di pasaran global, lain pula
cerita pemandu teksi di republik itu.
Di sebalik kelesuan ekonomi dengan KDNK 3 peratus
tahun lalu iaitu terendah dalam sejarah atau separuh daripada KDNK 6
peratus dicatatkan jirannya, Malaysia; pemandu teksi Singapura
sebaliknya masih lagi boleh ‘tersenyum’ lebar.\
Kajian terbaharu pihak pemerintah republik itu
mendapati, pendapatan bulanan bersih secara purata setiap pemandu teksi
di Singapura sepanjang tahun lalu direkodkan sekitar S$3,170 (RM8,460)
bagi operasi standard selama satu syif.
Malah, pendapatan bersih mereka sebenarnya boleh
mencecah sehingga S$5,900 (RM15,745) sebulan jika pemandu teksi
berkenaan sanggup bekerja lebih masa iaitu dua syif terutama pada musim
perayaan atau cuti umum.
Perkara yang amat mengejutkan itu didedahkan oleh
Menteri Tenaga Manusia Singapura, Tan Chuan Jin dalam jawapan bertulis
di Parlimen pada Khamis, terhadap soalan daripada wakil rakyat GRC
Tampines, Irene Ng.
Ahli parlimen wanita tersebut bertanya mengenai
purata pendapatan tahunan setiap pemandu teksi di Singapura selain
jumlah sebenar pemandu terbabit dan tahap kelayakan mereka yang bekerja
dalam perkhidmatan itu.
Chuan Jin berkata, sehingga akhir Disember tahun
lalu, seramai 98,477 rakyat Singapura memiliki lesen vokasional teksi,
namun kira-kira 56,000 daripada jumlah itu berdaftar sebagai pemandu
bergaji dengan syarikat teksi tempatan.\
Meskipun pendapatan lumayan, agak menyedihkan
apabila rekod menunjukkan 4 daripada setiap 5 pemandu teksi berusia 50
tahun ke atas; dan 9 daripada setiap 10 pemandu pula tidak memiliki
taraf kelayakan pengajian yang tinggi.
Terdapat enam
syarikat teksi di Singapura yang mempunyai keseluruhan 28,558 buah
kereta dengan paling besar, popular dan tertua di republik itu, Comfort
ditubuhkan sejak 1970 serta memiliki 12,608 buah teksi berwarna badan
biru.
Kadar tambang teksi juga ditetapkan berdasarkan
faktor penawaran pasaran semasa sejak 1998 bagi mewujudkan persaingan
sihat dan menggalakkan rakyat lebih selesa memilih pengangkutan awam
berbanding memandu kereta persendirian.
Perkhidmatan teksi
di Singapura adalah antara paling cekap di dunia dan dipantau ketat
Lembaga Pengangkutan Darat dengan pemandu yang gagal guna meter atau
enggan ambil penumpang boleh didenda sehingga S$500 (RM1,334). – Agensi
0 Komentar untuk "Pemandu Teksi Singapura Gaji Cecah RM15,000 Sebulan"